Tuesday, May 24, 2011
Universiti sepatutnya menjadi tempat cemerlang dan terbaik untuk bekerja
Tetapi kenapa kita masih merungut dari mula menghampiri kampus, melepasi pintu pagar kampus, masuk pejabat untuk bekerja sehinggalah balik. Universiti tempat ramai pakar, profesor dalam pelbagai bidang. Kenapa kita masih bermasalah dengan sistem trafik, sistem pendaftaran, pemarkahan,pentadbiran, landskap dan macam-macam sistem. Mungkin disebabkan kita tidak menghormati pakar yang kita ada, kita tidak menghargai kebijaksanaan tenaga kita sendiri, kita tidak merujuk pakar, terdapat ketidakselarian pentadbiran, pengurusan dan ahli akademik. Kadang-kadang pentadbiran universiti macam kilang plastik. Kenapa universiti membenarkan penipuan berlaku dalam kampus, orang bisnes menentukan arah tuju pendidikan. Berbaliklah ke pangkal jalan, biarkan academician menguruskan universiti dan membuat keputusan. Keselesaan di tempat kerja akan menjanjikan produk yang cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment