Saturday, October 1, 2011

Panduan Hidup

Dalam blog terdahulu saya pernah katakan langit tak selalu cerah, ada siang dan ada malam, air terus pasang dan surut, hujan tak semestinya banjir dan macam-macam lagi peristiwa dalam kehidupan. Yang penting kita terus bersyukur dengan apa yang ada, terus bekerja mencapai cita-cita dengan ikhlas dan jujur. Belajar dan biasakan berterima kasih, mengenang jasa, menghargai, membalas budi dan berbakti. Jangan jadi kacang lupakan kulit.
Dua orang tokoh semasa yang saya sempat berbual recently, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri dan Dato Seri Idris Jala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Kedua-dua mereka mengatakan kepada saya teruskan bekerja untuk kecemerlangan dan mencapai cita-cita. Jangan mengharapkan jawatan dan berebut-rebut untuk jawatan tertentu. Kita mesti ada wawasan yang jelas dan tanda aras kecemerlangan yang ingin dicapai.
Kedua-dua mereka menceritakan kepada saya laluan kerjaya mereka sehingga di mana mereka berada sekarang. Pencapaian, kecekapan dan kecemerlangan akan dinilai oleh masyarakat umum dan akan mendesak authority menerima kita untuk di tempat sepatutnya.

Ini cerita benar untuk makluman orang yang tidak percaya dan selalu mengatakan 14 perkara yang saya ceritakan hanya satu atau dua yang boleh dipakai. Bulan tak selalu terang.....dan kita tidak tahu bila bulan mengambang akan gelap.

No comments: