Majlis Bersama pemimpin negara atau universiti hanyalah suatu upacara yang membazirkan masa dan tidak menyumbang kepada pembangunan universiti dan akademik. Mungkin ini benar sebab itulah ramai yang tidak hadir dalam majlis yang dianjurkan.
Apakah menyembunyikan diri dalam bilik, bersama pelajar untuk menulis artikel dan menerbitkan artikel suatu yang terbaik bagi sesebuah universiti. Penilaian semula mungkin perlu di buat agar pembangunan bangsa selaras dengan penambah bilangan penerbitan yang belum tahu memberi makna kepada pembangunan bangsa dan negara. Sebelum terlambat elok kajian dan pertimbangan yang saksama perlu dibuat. Arah tuju sebuah universiti perlu jelas dan selari dengan keperluan bangsa dan negara dalam usaha menuju zaman negara maju.
Sunday, October 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment