Friday, October 14, 2011

Persiapan, kemahiran dan pengalaman serta satu pengajaran

hari ini nasib kurang baik. dah la jarang dipercayai orang walaupun apa pernyatan yang kita buat terbukti. ramai orang bodoh dan percaya kepada kabar angin walaupun kenyataan di hadapan mata. bila balik pula tayar kereta bocor, angin keluar maka kena tukar tayar. nak minta orang tolong takut tiada yang percaya tayar kereta bocor. nak talipon orang yang kita kenal tolong talipon habis bateri. maka kenalah buat sendiri, gunakan kemahiran dan pengalaman yang ada. ambil tayar spare, buka skrew dan tukar tayar. semasa saya menukar tayar kereta, ada ramai orang tengok, orang muda, tua, gaya eksekutif, pekerja kontrak, drebar lori, gadis cantik dan pembantu pam minyak termasuk taukeh stesen minyak itu. Tiada siapa pun yang ingin menolong. Sampai last skrew, berlari seorang pembantu pam minnyak nak bantu, katanya saya dah lama tengok pak cik tukar taya nampak macam dah letih, biar saya bantu. Saya kata terima kasih dah siap pun. sambil menyimpan spanar dan tayar yang bocor dalam kereta. orang muda itu pun melihat, saya masuk dalam kereta dan dia bantu tutup pintu. Saya hanya ucapkan terima kasih sekali lagi kerana dia tolong tutup pintu dan bergerak dari situ.
Ingat kalau pun kita selalu tolong orang tidak semestinya orang akan tolong kita. maka janganlah berharap orang akan menolong kita sekiranya kita dalam kesusahan. kita akan kecewa lagi sekiranya orang yang kita selalu tolong hanya melihat kita dalam kesusahan. Maka kita mestilah selalu bersedia dan terus bekerja untuk hidup sendiri. Tak ramai orang yang ingin membantu tetapi ramai yang minta dibantu. Tak ramai orang yang mahu menerima tetapi ramai yang mahu diterima.
Ringkasnya kita mesti mampu berdikari.

No comments: