Seperti yg saya katakan dahulu dalam blog ini, Ada orang masih budaya korek parit.
Ada orang cakap saja banyak tapi tak nampak apa yang dibuat atau hasilnya.
Kita selalu lupa dan tidak menghormati idea, tambahan lagi idea itu free. Ramai pula orang yang Kompleks rendah diri, selalu gah tentang diri sendiri. Buat satu benda macam ayam bertelor sebiji rioh sekampung.
Saya pernah ceritakan satu masa dahulu semasa kejadian banjir menenggelamkan peralatan saintifik berharga Berjuta ringgit. Idea di koridor tentang pengurusan air banjir sekiranya hujan lebat berlaku. Memandangkan kita bukan seorang engineer, maka idea ditolak dan berbagai tohmahan termasuk sepuluh idea diberi, satu pun Belum tahu boleh diterima.
Malangnya esoknya, human lebat membawa air Dari seluruh kawasan menumpu ke tempat perbincangan semalam dan menenggelamkan alatan Berjuta ringgit. Landskap sekarang Sudah berubah berbanding 70 tahun dahulu. Maka pemikiran juga perlu berubah. Kita perlu peka pembangunan di persekitaran kita, walaupun tempat kita terlalu sentimental dengan sejarah dan tiada perubahan struktur bangunan termasuk parit atau sistem saliran.
Manusia tahap pemikiran, sesiapa Beri idea buat, melihat kepada jenama, ikut apa bos kata, tengok apa orang lain buat dan malas berfikir perlu berubah. Tak semestinya orang yang memberi idea korek parit, mesti korek parit atau orang yang ikut apa yang seseorang itu cakap mesti dibuat di hadapan orang yang mendengar.
Dalam sebuah negara maju sistem, hirarki dan fungsi sangat jelas. Makanya, latihan sumber manusia untuk fungsi tertentu perlu dan istilah "right person at the right place at the right time and function" perlu dipakai.
Kita kena lupa sekejap taksub dengan jenama, budaya "wait and see" dan apa orang kata. Tindakan atau "action" penting!
Saturday, October 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment