Tuesday, December 4, 2012

Idea in 2010 masih diperkatakan oleh menteri tetapi malangnya upm baharu nak sedar. Move fast!! Put priority right.


BERITA MStar.

UPM Bakal Jadi Duta Pelancongan


SERDANG: Kementerian Pelancongan sedang merancang untuk menjadikan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai “duta pelancongan”.
Ia akan menubuhkan jawatankuasa teknikal untuk mengadakan perbincangan antara Kementerian dan universiti bagi melihat bagaimana UPM boleh menarik pelancong.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, mereka akan meneroka bagaimana mereka boleh bekerjasama untuk membina satu program pelancongan.
“Program ini akan menjadi perkhidmatan nilai tambah kepada universiti,” katanya pada majlis penyerahan Kad Diskaun Mahasiswa 1Malaysia dan pelancaran penjimatan elektrik pada Selasa.
Dr Ng berkata, universiti itu mempunyai taman buah-buahan yang indah, yang boleh digunakan untuk memperkenalkan pelbagai buah-buahan tempatan kepada pelancong.
Jawatankuasa itu akan melihat tempat yang sesuai di UPM, melatih pemandu lawatan di kalangan pelajar dan acara-acara yang bersesuaian untuk dipromosikan.

No comments: