INFINITI
Tukar botol untuk sewa basikal
Oleh ADLAN JAAFAR
SEBANYAK 200 buah basikal disediakan pada peringkat awal kempen Recycle to Cycle diadakan.
KIRA-KIRA 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang,
Selangor berpakaian baju berwarna merah pada pagi minggu lalu. Mereka
bersiap sedia dengan basikal masing-masing untuk dilepaskan.
Sebaik bendera pelepasan diangkat ke atas oleh Pengurus Besar Rantau
Malaysia-Singapura-Brunei, The Coca-Cola Company (Coca-Cola), Gill
Mclaren, para pelajar tersebut mula mengayuh mengelilingi kampus itu.
Bukan tujuan berlumba, perjalanan dari tempat mula iaitu di Jalan
Tulang Daing mengelilingi kampus, kemudian balik semula ke tempat asal
hanya memakan masa lebih kurang 10 minit dengan menunggang basikal.
Berbanding pelajar yang menaiki bas kampus, mereka terpaksa mengambil
masa yang panjang dari waktu menunggu bas lebih lama daripada tempoh 10
minit untuk ke fakulti masing-masing.
Usaha menggalakkan pelajar berbasikal itu merupakan sebahagian
daripada kempen Recycle to Cycle dengan kolaborasi UPM dengan Coca-Cola.
Kempen Recycle to Cycle baru-baru ini juga bertujuan menggalakkan
mahasiswa mengitar semula botol polietilena terephthalate dan tin
aluminium.
Untuk mengitar semula botol dan tin, caranya mudah, para pelajar
hanya perlu membawa barang-barang tersebut ke pusat kitar semula bagi
ditukarkan dengan basikal untuk digunakan sekitar kampus berbanding
mendapat wang.
Setiap botol dan tin yang dikitar semula akan diberi poin untuk dikumpul, kemudian ia boleh digunakan untuk menyewa basikal.
diperkenalkan untuk kemudahan kumpulan itu.
KEMPEN ini bukan sahaja mampu menarik orang ramai mengitar semula sampah, malah turut mengurangkan gaya hidup sedentari.
|
Semakin banyak poin yang dikumpul melalui kuantiti barang yang
dikitar, semakin banyak masa yang mereka dapat menggunakan basikal di
dalam kampus.
UPM mendapat geran sebanyak RM750,000 daripada Coca-Cola untuk
menjalankan kempen itu yang merangkumi basikal sebanyak 200 buah sebagai
permulaan dan pusat kitar semula untuk tempoh dua tahun.
Projek itu merupakan sebuah program yang lestari kerana semua
barang-barang yang terkumpul akan dijual dan wang yang didapati
digunakan semula dalam Recycle to Cycle.
Program dan pusat itu diurus oleh para pelajar dengan mendapat sokongan Jabatan Biologi, Fakulti Sains
“Projek ini merupakan yang pertama seumpama di seluruh dunia. Ia
bukan sahaja dapat mengurangkan pengeluaran karbon di dalam kampus,
tetapi mengurangkan gaya hidup sedentari (tidak aktif),” kata Mclaren
pada majlis pelancaran itu.
Kempen tersebut dimulakan oleh sekumpulan sukarelawan dari Fakulti
Sains dengan menjalankan acara santai bertujuan mempromosi amalan kitar
semula dengan mengayuh basikal.
Setakat ini, aktiviti mengayuh basikal dan berjalan kaki lebih aktif
di Fakulti Perubatan dan Sains. Kini, aktiviti tersebut telah
dikembangkan ke seluruh kampus dan majlis pelancaran itu menjadi tanda
ia dimulakan.
“Kami menyasarkan seluruh kampus akan menggunakan basikal dan
berjalan kaki menjelang bulan September ini. Kami menjalankan kajian,
masa yang diambil untuk berjalan antara dua buah kampus kira-kira dua
minit,” terang Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.
Bagi merealisasi matlamat tersebut, pelbagai insentif kepada pelajar
dibuat seperti bakal membuat lorong khas untuk berbasikal dan berjalan
kaki.
Bagi wanita yang sering memakai baju kurung, basikal dengan kuasa bateri juga akan
DENGAN berbasikal, pelajar hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit mengelilingi kawasan kampus.
|
Terdapat tiga bahagian diberi penekanan oleh pihak pengurusan UPM
supaya matlamat tersebut dapat dibuat iaitu di kawasan residensi,
akademik dan semua zon antara kedua-duanya.
Selain dapat mengurangkan masa perjalanan, menunggang basikal juga
merupakan aktiviti yang sihat sekali gus membolehkan pelajar memberi
fokus di dalam kelas dengan fizikal sentiasa cerdas.
UPM merupakan antara pusat pengajian tinggi yang sering mempromosikan
aktiviti memulihara alam sekitar di Malaysia. Ia juga berada pada
kedudukan keenam dalam kalangan 95 universiti dalam Ranking Universiti
GreeMetric 2010.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Biologi,
Profesor Ahmad Ismail, Pengarah Komunikasi dan Ehwal Semasa Coca-Cola,
Kadri Taib dan Pengurus Rantau Komunikasi Jenama Coca-Cola, Amanda Lin.