Wednesday, February 27, 2013

Another unique Idea accepted at the world level. Cocacola supprt the idea and first implementing in Malaysia-UPM

Coca-Cola, UPM cipta projek unik
Wartawan Sinar Harian
27 Februari 2013
Coca-Cola, UPM cipta projek unik
Gill McLaren dan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi melakukan upacara pelepasan program Recycle To Cycle di Serdang, baru-baru ini.
Coca-Cola Malaysia dan Universiti Putra Malaysia (UPM) bekerjasama mencipta projek unik dikenali Recycle to Cycle, atau Berbasikal Demi Mengitar Semula yang menggalakkan mahasiswa mengitar semula, mengurangkan pelepasan karbon dan menjalani gaya hidup aktif.

Pengurus Besar The Coca-Cola Company bagi rantau Malaysia-Singapura-Brunei, Gill McLaren berkata, projek itu sejajar dengan komitmen Coca-Cola untuk membina masyarakat mampan melalui pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar.

Menurutnya, projek itu adalah pertama seumpamanya di Malaysia di mana ia menggalakkan mahasiswa untuk mengitar semula botol minuman dan tin aluminium sebagai pertukaran untuk berbasikal di kampus.    

"Pelajar boleh menyertai program itu dengan mengitar semula botol minuman kosong dan tin aluminium untuk mengumpul mata yang  boleh diguna untuk menyewa basikal.

"Botol dan tin itu akan dijual kepada pusat kitar semula dan hasil jualan akan dilaburkan semula ke dalam program tersebut untuk membolehkannya dijalankan secara berterusan," katanya.

UPM menerima geran berjumlah AS$250,000 (RM750,000) daripada The Coca-Cola Foundation untuk menjalankan projek Recycle To Cycle yang akan berlangsung untuk tempoh permulaan selama dua tahun.

Pembiayaan itu meliputi basikal dan peralatan, pusat kitar semula, bahan projek dan pelaksanaan keseluruhan projek berkenaan.

No comments: