Sejauh mana visi universiti, strategi perlaksanaan dan respon dari pensyarah berjalan dengan baik?
Kadang-kadang strategi mencapai visi universiti yang dilakukan oleh ketua pusat tanggung jawab tidak sealiran dengan respon pensyarah. Ini boleh menghalang visi universiti dari tercapai. Pensyarah adalah kunci terakhir bagi menentukan visi univesiti atau KPI universiti.
Bagi memastikan KPI universiti tercapai hubuganbaik, kesefahaman dan kerjasama erat antara ketua PTJ dengan semua pensyarah adalah penting. Ada pensyarah yang memerlukan kebebasan dan ada yang boleh bekerja dalam kumpulan dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan. Dalam hal ini bidang, sikap pensyarah dan kepimpinan sangat penting perlu diambil kira.
Walau apapun, sikap dan strategi individu pensyarah lebih penting dari segalanya bagi mencapai kecemerlangan individu. Semua pensyarah mesti mencari jalan untuk mencipta kecemerlangan dan kejayaan. Ahli akademik zaman sekarang tidak boleh lari dari menjadi pensyarah yang baik, membuat penyelidikan yang bertahap tinggi dan menerbitkan artikel dalam jurnal berimpak tinggi serta menyumbang kepada masyarakat. Kalau ini sudah ada secara otomatik KPI universiti akan tercapai.
Wednesday, August 3, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment