Tuesday, August 16, 2011

Kenapa Gaji Pensyarah di Malaysia Rendah?

1. Pensyarah tak kisah.
2. Pensyarah tak pernah fikir skim gaji sendiri.
3. Pensyarah tak pernah perjuangkan skim gaji pensyarah.
4. Pentadbir yang aturkan skim gaji pensyarah dan pensyarah ikut saja.
5. Asas gaji pensyarah ikut pentadbir.
6. Budaya di Malaysia tak hormat ilmuan.
7. Cara pengiraan gaji pensyarah tidak berkadar dengan pencapaian pensyarah.
8. Pensyarah pun tak tau asas pengiraan gaji pensyarah sepatutnya.
9. Pensyarah tidak sedar yang pencapaian mereka seiring dengan negara seperti U.K., Amerika, Singapura dan Jepun.
10. Sekarang skim baharu diperkenalkan iaitu Skim Saraan Universiti (PU).

Marilah pensyarah semua bersatu, jangan sombong dan ego. Sokonglah perjuangan Persatuan Pegawai Akademik dan Majlis Persatuan Akademik Malaysia (MAAC). Kalau Ketua Pengarah JPT pun sokong perjuangan MAAC tak kan lah pula ada pensyarah yang masih sombong dan ego tak kisah perjuangan MAAC. Bila dapat hasil semua nak rasa. Misalnya pensyarah muda dengan PhD automatik berubah tangga gaji dari DS45 kepada DS51 adalah hasil perjuangan Persatuan Pegawai Akademik. Tapi berapa ramai pensyarah muda menjadi ahli PPA?

2 comments:

ob4life@kptm said...

Setuju..mari kita bersatu..

Aineen Sofea said...

Betul sangat tu...Kenaikan pangkat telah disukarkan dan gaji pensyarah pula sudah lama tidak dinaikkan walau pun nak macam-macam spt ISI, research, mengajar undergrad, supervision dll. Menteri Pelajaran cukup support dengan kenaikan gaji guru, menteri Pengajian Tinggi pula pada 2009 kata gaji pensyarah sudah cukup. Macam mana ni...siapa lagi yang boleh diharapkan untuk support para pensyarah.