1. Sekarang musim penempatan dalam kelas untuk tahun 2011 bagi sekolah-sekolah seluruh negara. Ada pelbagai perkara berlaku dari pihak sekolah atau ibu bapa.
2. Pihak sekolah cuba merancang yang terbaik untuk pembangunan yang sekata bagi semua pelajar dalam kelas ataupun sekolah. Ini termasuk kurikulum dan kokurikulum.
3. Pelbagai cara dilakukan termasuk pengagihan semula tugas guru dan penyusunan pelajar dalam kelas.
4. Pihak ibubapa pula ada yang tidak mahu perubahan berlaku dan terutamanya yang anaknya agak pandai dan mahu berada dalam kelas terbaik. Bagi yang mempunyai kepentingan diri pula ada yang sanggup mendesak pihak sekolah agar meletakkan anaknya dalam kelas terbaik dan diajar oleh guru yang terbaik. Kononnya anak mereka yang pandai dan segak tidak boleh dicampur aduk dengan pelajar yang tidak pandai, selekeh dan busuk. Malah nama kelas pun mereka mahukan A, B, C dan D atau Kelas 1, 2, 3 atau 4. Mereka tidak mahu namakan kelas V, T, P, H kerana mereka berfikir V itu terakhir......A itu di hadapan. Tak guna keputusan baik malangnya berada dalam kelas V dan tidak A. Begitulan tahap pemikiran ibu bapa sekarang.
5. Ada juga perbezaan pemikiran dan pendekatan antara guru perempuan dengan guru lelaki dan penerimaan bapa dan emak terhadap pengagihan murid dalam kelas.
6. Dalam sebuah negara demokrasi semua orang mempunyai hak bersuara dan memberikan pandangan tetapi tidak mempunyai hak berkuasa melaksanakannya. Sebab itulah kita ada undang-undang dan kuasa eksekutif diberikan kepada seseorang oleh pihak berkuasa (Menteri) bagi melaksanakan peraturan dan undang-undang atau perlaksanaan untuk dimenafaatkan samarata oleh semua rakyat.
7. Kita harus elakkan budaya mementingkan diri sendiri dan mengambil peluang orang lain disamping menghormati kuasa adil yang diberikan kepada pelaksanaan polisi kerajaan.
8. Inilah suasana negara Malaysia maju sekarang yang mana rakyat sudah tidak menghormati organisasi kerana wang ringgit dan kedudukan. Masyarakat ini tidak kuat dan rapoh dalam negara sendiri.
9. Tidak hairan kita menghasilkan budaya robot di zaman sekarang.
10. Apakah keseragaman, kelainan dan majmuk dapat menghasilkan pertandingan sebenar murid di sekolah dan menghasilkan masyarakat yang kreatif, kuat dan berdaya saing.....atau ulat buku, robot dan penipu.
Bukti kepentingan diri dan tidak menghormati organisasi. Bayangkan apa akan jadi generasi ini jika emak bapak mereka hanya datang ambil hadiah dan selepas dapat hadiah mereka bawa anak balik. Gambar menunjukkan dalam satu majlis penyampaian hadiah sebuah sekolah rendah baru-baru ini. Masa awal majlis ramai, kemudian kurang dan akhirnya hanya pengacara bercakap dengan kerusi.
Thursday, November 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment