Tuesday, November 2, 2010

Kem Audit Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur/MNS/JAS


Hari ini satu lagi aktiviti remaja dan alam sekitar dilaksanakan oleh Malaysian Nature Society dan ditaja bersama oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, Nature Education Centre-MNS-Shell-FRIM. Aktiviti ini di jalankan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Aktiviti ini adalah bagi memberikan pengetahuan, pengalaman dan amalan tentang hal-hal berkaitan alam sekitar kepada generasi muda. Program bersiri ini menantikan tajaan dan sokongan pelbagai pihak. Mungkin di lain kali aktiviti ini akan melibatkan pelajar-pelajar di IPT awam atau swasta. Turut hadir dalam majlis penutup ialah Timbalan Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ketua Pengarah FRIM dan Penasihat Jabatan Pendidikan Alam Sekitar MNS/Ahli Majlis MNS Prof. Dr. Ahmad Ismail.

No comments: