Tuesday, November 30, 2010
Universiti Penyelidikan atau Universiti Penerbitan?
Apakah kriteria universiti penyelidikan?
Setakat ini yang nampak adalah penerbitan. Kenaikan pangkat pegawai akademik juga melihat kepada pencapaian penerbitan. Bilangan penerbitan seseorang menjadi ukuran.
Apa yang berlaku ramai pensyarah yang muda-muda hanyalah menulis artikel untuk penerbitan tak kira dalam mana-mana jurnal.
Universiti penyelidikan sepatutnya melakukan penyelidikan berkualiti tinggi dan menghasilkan penerbitan di jurnal yang berwibawa atau menerokai ilmu dalam bidang-bidang tertentu. Penyelidikan dapat melatih budaya baharu masyarakat menjadi jujur, dedikasi, proaktif, kreatif, dan banyak lagi nila-nilai murni.
Ada pensyarah yang tidak melakukan penyelidikan, tidak ke makmal, tidak ke lapangan dan semata-mata bergantung kepada data yang dihasilkan oleh pelajar yang tidak tahu qualitinya atau ketepatannya untuk ditulis artikel. Malangnya pensyarah ini dinaikkan pangkat kerana bilangan penerbitanya banyak dan diiktiraf oleh universiti. Malah ada orang lain yang menumpang nama dalam penerbitan untuk menambah bilangan penerbitan.
Di negara yang maju dalam penyelidikan seperti Jepun sangat mementingkan kualiti penyelidikan, kualiti latihan pelajar dan penerbitan di jurnal yang berwibawa. Bukan sekadar bilangan penerbitan. Malah etika dalam penyelidikan dan penerbitan sangat tinggi dari segi kerjasama penyelidikan, menghormati idea, penyusunan pengarang-pengarang artikel. Kejujuran dan hormat ini adalah hasil daripada disiplin dalam penyelidikan. Dalam penyelidikan diajar berdisiplin, mengikut peraturan, jujur dalam mendapatkan data dan membuat kesimpulan tepat sesuai dengan objektif. Ini akan menghasilkan budaya rakyat yang hormat-menghormati, tahu menghargai jasa orang lain dan hidup dalam harmoni. Masyarakat penerbitan tanpa penyelidikan akan wujud budaya tidak menghormati orang lain, tidak menghargai orang, tidak jujur, mencuri data, mengubah suai data dan lain-lain asalkan mendapat bilangan penerbitan yang dikehendaki oleh universiti. Dengan ringkas budaya penerbitan mungkin boleh menhasilkan jenayah akademik.
Universiti penyelidikan bukan sahaja penerbitan, penemuan baharu, pengkomersilan produk tetapi juga pembentukan rakyat yang berkualiti dan harmoni untuk masa hadapan. Bayangkan kualiti pensyarah yang hanya menghasilkan penerbitan dari data yang dihasilkan oleh pelajar yang tidak dipantau kualitinya, apakah kualiti generasi akan datang.
Universiti Penyelidikan perlu mempunyai panel khas bagi melihat kes-kes ini agar universiti berkenaan dihormati selamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment