Friday, November 12, 2010

Penulisan Tesis

1. Pelajar mesti faham permasalahan yang ingin di selesaikan dan objektif kajian dengan jelas.
2. Apabila sudah faham maka rekabentuk percubaan atau projek dapat dilakukan dengan baik bagi mencapai objektif.
3. Kaedah diterangkan dengan baik beserta alasan yang jelas dan boleh di ulang oleh orang lain.
4. Perbincangan data dengan jelas, di susun dengan baik bagi mencapai objektif dalam bentuk geraf atau rajah atau jadual. Data dibincang beserta ujian statistik, kearah keputusan dan disokong oleh rujukan
5. Kebanyakan tesis lebih kepada melaporkan data dan tidak dibincangkan dengan baik. Tiba-tiba sahaja dibuat rumusan.
6. Penyelia mesti membantu menasihati pelajar merancang penulisan, berbincang dan menyemak sebelum mengemukakan kepada GSO. Format yang ditetapkan mesti diikuti.
7. Kualiti tesis mesti dijaga. Elakkan mengupah orang lain menulis tesis.

1 comment:

penyelidik said...

Saya amat bersetuju dengan pandangan Prof. Dalam melakukan penyelidikan ramai dikalangan pensyarah lebih memfokuskan kepada kuantiti pelajar tanpa memikirkan kualiti pelajar yang seterusnya memberi kesan kepada kualiti penyelidikan. Kajian dilakukan tanpa melihat perkara-perkara yang kritikal yang seharusnya dibincangkan dan dicapai diakhir penyelidikan. Lebih memburukkan keadaan, penyelia pula terlalu sibuk dengan agenda peribadi (kenaikan pangkat, perundinagn, meningkatkan bilangan penerbitan (banyaklah dapat duit) dll.) sehingga membiarkan pelajar menyelesaikan sendiri setiap permasalahan yang timbul. Seperkara yang lebih serius lagi kesan lambakan pelajar-pelajar asing yang sebahagian besarnya tidak berkualiti. Oleh kerana ingin mengekalkan status universiti penyelidikan, yang mensyaratkan pengambilan pelajar antarabangsa kepada suatu kuantiti yang tinggi sehingga timbulnya banyak masalah. Masalah yang paling teruk sekali wujudnya 'double standard', dimana pelajar tempatan seperti dianak tirikan oleh sesetengah pensyarah yang 'BANGANG' dan tidak profesional. Biarlah pencapaian RU selari dengan aspirasi negara diperingkat national mahupun antarabangsa.
Jujurlah kita kepada ilmu.

Dr. Are-Tan