Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
_________________________________
(Adakah Mereka ini juga telah bersedia untuk berhijrah?)
Setiap tahun Ramai Orang Melayu bertekad untuk berhijrah dari kurang baik kepada sikap atau cara hidup yang lebih baik. Marilah kita bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar menjelang 2020; sikap yang baik, kemahiran yang lebih, ilmu yang lebih mendalam, alam sekitar yang baik dan makanan yang selamat.
Tuesday, December 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment