Siapa patut menjadi ketua? Adakah siapa sahaja boleh memohon untuk menjadi ketua atau terus menjadi ketua mengikut selera ketua yang lebih atas atau majikan?
Majikan atau ketua mesti mempunyai wawasan, objektif, milestones dan KPI. Ketua yang tidak mencapai matlamat organisasi tidak perlu dikekalkan semata-mata kerana dia memohon atau kawan penyokong. Akibatnya ada jabatan baharu terpaksa diwujudkan dengan ketua baharu untuk melengkapkan kegagalan sesuatu jabatan yang sedia ada kerana ketuanya yang tidak berfungsi atau kroni perlu dikekalkan. Ada pula mengwujudkan jawatan baharu untuk memberi peluang kroni menjadi ketua. Rujuk kriteria leadership yang ada dalam blog ini sebelumnya sebagai panduan untuk kejayaan institusi bukan memenuhi keperluan perasaan dan imaginasi. Ramai rakyat Malaysia sangat selesa dalam kehidupan, tiada tekanan dan kurang prihatin dengan suasana dan pencapaian. Maka masing-masing tidak peduli dan ambil kesempatan apa yang ada, asalkan masing-masing berjaya.
Wednesday, December 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment