Bagaimana nak sedarkan rakyat dan hapuskan perompak terancang?
Budaya Cyber dan cara hidup semasa sudah merubah hubungan masyarakat dan pendapatan serta cara pengurusan kehidupan seharian.
Budaya negara berpenduduk tinggi dan pendapatan rendah sudah mengamalkan budaya kehidupan yang berbeza dengan negara berpenduduk rendah dan berpendapatan tinggi atau budaya masyarakat berilmu di negara maju. Di Malaysia sedang melangkah kepada mengupah orang mengatur kehidupan sendiri. (Contoh: Kereta dipecah cermin untuk mewujudkan rasa takut masyarakat dan mendapatkan perkhidmatan jada di rumah sendiri)
Cara hidup ini akhirnya akan mengubah masyarakat berebut-rebut untuk memberikan perkhidmatan. Mula-mula mungkin bagi masyarakat berpendapatan rendah, kemudian kerana menjanjikan pendapatan yang baik dari jenis perkhidmatan yang diberikan maka perlumbaan orang perniagaan akan berlaku. Maka bagi kumpulan samseng, berwang, dan agen kriminal terancang akan terlibat tidak membazirkan peluang. Akhirnya wujudlah kumpulan JENAYAH TERANCANG. bagaimana masyarakat akan datang akan menghadapinya. Apakah budaya masyarakat selama ini yang bertegur sapa, bekerjasama dan tolong menolong akan hilang dan wujud agensi penganjur perkhidmatan jaga, masak, bekalan makanan, komunikasi, cucian dan sebagainya..
Sunday, December 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment