Thursday, December 23, 2010

Dah lama kita perlu ramai saintis negara: Apa Peranan Majlis Profesor Negara Kluster Sains dan Matematik

1. Sejak idea membangunkan Malaysia dan penubuhan sekolah asrama penuh aliran sains sudah di adakan dengan harapan akan ada ahli sains negara dan rakyat berpendidikan sains di Malaysia.
2. Meramaikan guru-guru sains di Malaysia. Pengajaran sains lebih menarik, mudah dan experimental.
3. Pelajar aliran sains merupakan pelajar terpilih dari segi akademik.
4. Semasa membangunkan MSC (multimedia Supercorridor) dan wawasan 2020 Malaysia maju, sudah diwar-warkan keperluan tenaga manusia yang berlatarbelakangkan sains.
5. Negara memerlukan ramai jurutera, ahli sains dan teknologis, doktor pakar.
6. Kenapa sampai sekarang masih tidak berjaya, malah semakin berkurang walaupun satu ketika perjuangan meningkatkan sains dan matematik 60% di sekolah giat dijalankan.
7. Ada negeri yang mencapai 60% pelajar aliran sains di sekolah, tetapi sekarang jumlah pelajar aliran sains kurang dari 30%. Kenapa ini berlaku?
8. Mungkin sebab ganjaran, penghargaan, peluang kerjaya pelajar aliran sains yang berpendapatan tinggi, kenaikan pangkat, sistem pembelajaran dan pengajaran, pentadbir sekolah, seluruh karenah rantaian pengajaran dan pentadbiran institusi pendidikan dan sikap pelaksana agensi kerajaan yang tidak serius telah tidak memberi motivasi kepada generasi sekarang.
9. Apa perlu dibuat, tugas siapa, bila, di mana , apakah kaedahnya....... Setakat ini perkara yang sama dibincangkan dan berkitar tanpa penyelesaian. Mungkin kerana tidak dibincangkan dan dilaksanakan oleh orang yang tepat.
10. Majlis Profesor Negara juga perlu menyumbang.

No comments: