Friday, January 14, 2011

Bagaimana Kita Boleh Bantu Selamatkan Bumi?

Teknologi hijau lindungi alam sekitar
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN (utusan 10Jan11)
CUACA yang tidak menentu, hujan, ribut, taufan, kemarau dan gempa bumi sering dikaitkan dengan pemanasan global. Malah tidak keterlaluan apabila bumi dikatakan mempunyai masa 12 tahun saja sebelum ais di Kutub Utara dan Selatan mencair seluruhnya. Jika pembebasan gas karbon dioksida (CO2) tidak dapat dikawal sehingga boleh mencapai 450 bahagian per sejuta (bpj), bumi bakal dilanda malapetaka yang dahsyat. Buat masa ini, pembebasan CO2 adalah sekitar 392 bpj manakala bumi hanya boleh menampung hanya 350 bpj yang boleh dikatakan tahap selamat. "Kebanyakan saintis termasuk saintis NASA (Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan), bersetuju angka 350 bpj CO2 merupakan paras selamat bagi bumi serta kehidupannya," Kesan pemanasan global dapat dilihat apabila suhu dunia meningkat dua darjah Celcius pada 450 bpj yang menyebabkan ais di Kutub semakin mencair. tenaga. Kajian yang dijalankan oleh Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) menunjukkan kandungan gas CO2 pada 392.04 bpj pada Jun tahun ini berbanding 389.43 bpj pada 2009 dan 387.88 pada 2008.
_____________________________________________
Apa yang boleh kita lakukan untuk menyumbang menyelamatkan bumi?
1. Jimatkan letrik.
2. Kurangkan gunakan kenderaan bermotor. Gunakan basikal atau berjalan kaki.
3. kawasan letak kenderaan dan laluannya yang sistematik dapat mengurangkan kesan CO2 kepada manusia.
4. jimatkan penggunaan sumber karbon.
5. Kempen dan amalkan kitar semula.
6. Penyelidikan dan pembangunan tentang teknologi hijau.
7. kempen kesedaran alam sekitar kepada generasi muda berterusan.

No comments: