Tuesday, January 11, 2011

Budaya Surat Khabar


1. Surat Khabar sangat penting dalam menyebarkan berita, maklumat dan ideologi semasa.
2. Sejak beratus tahun dahulu manusia sudah membaca surat khabar dan mempercayainya.
3. Membaca surat khabar sudah menjadi satu budaya dan budaya surat khabar sudah wujud dalam masyarakat.
4. Budaya surat khabar; pagi-pagi cari surat khabar, sambil sarapan baca surat khabar, sebelum mula kerja baca surat khabar, masa rehat baca surat khabar, lepas kerja baca surat khabar, balik kerja baca surat khabar, lepas makan malam baca surat khabar, sebelum tidor baca surat khabar dan kalau tak boleh tidor pun baca surat khabar. Malah ada yang tidak selesa kalau masa berjalan tidak ada surat khabar celah ketiak atau bila suami isteri berkelahi rujuk kepada surat khabar atau bertengkar kerana bercanggah pendapat tentang berita surat khabar. Itulah bagaimana kuatnya pengaruh surat khabar.
5. Malangnya ramai yang membaca berita sahaja dan merujuk kepada berita tertentu sahaja. Misalnya berita politik, pendidikan, hiburan dan sukan. Tidak ramai yang suka membaca berita tentang alam sekitar, biodiversiti, konservasi dan sains amnya.
6. Maka wujudlah satu budaya pemikiran dalam masyarakat. Budaya idea semalam, kerana berita kebanyakan adalah berita semalam. Budaya ini menyebabkan budaya tidak proaktif, tidak kehadapan dan wujud kumpulan majoriti masyarakat semalam atau kelmarin. Selain dari itu wujud budaya menerima berita bulat-bulat tanpa analisis dan kreativiti. Mungkin budaya mudah lupa juga boleh wujud sekiranya kita terlampau bergantung kepada berita surat khabar. Banyak contoh; kisah anjing, kemalangan jalan raya,dadah, ragut, rogol, kesihatan dan banyak lagi berita berulang yang tidak mengubah masyarakat. seolah-olah perkara ini menjadi seperti suatu perniagaan pulak.
7. Budaya membaca maklumat, analisis, kreatif dan sikap proaktif menunjukkan budaya kemahiran pemikiran yang kreatif dan inovatif masyarakat.

No comments: