Sunday, January 23, 2011

Masa Hadapan S&T Ngara


Dasar Sains dan Teknologi Negara
Kemajuan keupayaan S&T Negara adalah satu cabaran yang besar bukan sahaja dalam Negara tetapi juga di peringkat dunia.
Bagi mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan" satu plan strategik yang mantap perlu disediakan dan diketuai dan ditadbirurus oleh kakitangan yang cekap dan berwawasan.
Cuba nilai sejauhmana dasar ini tercapai sejak ianya diilhamkan bagi mencapai wawasan 2020. Pencapai boleh dinilai dari segi pembelajaran dan pengajaran dalam sains dan teknologi (kurikulum, kualiti-pengetahuan, kemahiran, kesungguhan- guru-guru, kemudahan dan teknologi yang ada, perlaksanaan, minat pelajar dan system), tenaga mahir, nisbah penyelidik:rakyat Malaysia, peruntukan kewangan, kemudahan yang disediakan, pencapaian penyelidikan dalam bidang udara, air, lautan, hutan belentara dan lain-lain.
Kita ada 9 tahun lagi sebelum 2020 dan 5 tahun untuk melihat pencapaian asasnya.

No comments: