Monday, January 10, 2011

Malaysian Nature Society (MNS) Menyokong UPM (Fakulti Perhutanan)


Sempena Tahun Hutan Sedunia 2011, peningkatan kefahaman masyarakat tentang hutan, kepentingan dan keperluannya kepada manusia perlu diadakan. Bagi menjalankan aktiviti peningkatan kefahaman masyarakat sekitar Hutan Simpan Air Hitam, kumpulan sukarelawan perlu diwujudkan bagi memberikan pendidikan, kesedaran dan peningkatan kefahamkan tentang keperluan hutan kepada manusia. Program kesedaran dan pendidikan melindungi Hutan Simpan Air Hitam dan keperluannya kepada manusia perlu dilakukan kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Aktiviti bersiri melibatkan sekolah-sekolah dan masyarakat yang tinggal bersempadan dengan hutan memerlukan sukarelawan yang ramai. Apakah semua pelajar UPM akan menyertainya? Penglibatan Jabatan Pendidikan Daerah Petaling, Jabatan Perhutanan,Malaysian Nature Society, MPSJ, badan korporat tempatan dan UPM diperlukan bagi menjayakan aktiviti ini.

No comments: