Friday, January 21, 2011

Bila nak selesai kerja curi bakau di Malaysia?


Pokok bakau ditebang oleh orang yang diupah, misalnya orang Indonesia (PATI). Mereka mungkin tertipu dan tinggal di dalam hutan bakau. Siapa nak pergi siasat. Kayu bakau yang ditebang dikumpul di beberapa tempat dalam hutan simpan. Apabila sampai masanya dan di rasakan selamat maka kayu bakau itu akan di bawa ke jeti khas. Operasi ini berterusan kerana permintaan yang tinggi, harga mahal dan bekalan ada. Berapa lama kejadian ini telah berlaku tidak kita ketahui. Malangnya bagaimana ini boleh terus berlaku dan kenapa sukar di halang?
Mungkin ada empat atau lima peringkat operasi yang mantap dan licin. Pertama, pasukan yang menebang hutan yang berterusan di dalam hutan dan mengumpul di satu tempat. Siapa akan datang meninjau dalam hutan semasa air surut, bot tidak boleh masuk ke hutan bakau yang jauh dari orang ramai. Jabatan hutan, polis atau imigration tidak mungkin akan datang. Rakan mereka bekerja dalam pejabat berhawa dingin kenapa mereka harus bersusah untuk kehutan bakau, panas, lumpur busuk, bahaya, tidak selesa, gaji sama, tiada inisiatif khas/ganjaran dan macam-macam lagi alasan?; Kedua, ada pengawal khas yang mengatur pekerja dan hal ehwal kebajikan mereka seperti bekalan air, makanan dan keperluan asas serta menyampaikan maklumat; Ketiga, pengangkut bakau ke jeti pada masa terancang, selamat dan pantas; Ketiga, penerima di jeti dan pemunggah dengan cepat memindahkan ke destinasi; Keempat, penerima kayu bakau curi ini; dan kelima, taukeh yang menjalankan perniagaan licik ini. Bagaimana cara menyelesaikan hal ini? Polisi dan undang-undang, penguatkuasaan, prosidur dan sistem, kenalpasti masalah dan tindakan tepat, integriti kakitangan, kualiti dan kemahiran staf, sokongan masyarakat, perkongsian dan kerjasama semua jabatan penguatkuasaan berkaitan boleh menyelesaikan masalah dan mungkin ganjaran bagi yang dapat menangkap atau menghalang aktiviti curi kayu bakau ini ?. Peringkat mana harus di selesaikan dahulu, pembekal atau penerima? peringkat satu, dua, tiga, empat atau lima? ATAU semuanya tidak boleh kerana kita tidak mampu melakukannya. Seluruh rakyat mesti bangun kerana pencuri ini hanya mendapat keuntungan untuk diri sendiri, mencuri harta negara dan hak rakyat seluruhnya.Tahniah kepada Jabatan Hutan yang berjaya menahan kayu bakau dari di curi. Mungkin kerana kesungguhan dan penglibatan pegawai atasan yang komited dan sanggup turun padang bersama semua staf penguatkuasaan. Syabas!

Hutan bakau di persisiran pantai dan pulau yang dilindungi merupakan habitat penting kepada hidupan liar seperti burung-burung, disamping sumber hutan yang bernilai. Penebangan pokok bakau yang tidak sistematik memberi kesan kepada hidupan liar dan habitatnya.

No comments: