Saturday, January 29, 2011
Konservasi Gajah Di Malaysia
Pusat Latihan Konservasi Gajah di Kuala Gandah, Lanchang Pahang adalah antara yang terbaik di dunia bagi gajah asia (Elephas maximus). Hampir dua ribu pengunjung antarabangsa dan tempatan datang ke Kuala Gandah pada setiap sehujung minggu bagi melihat gajah, memberi makan, mandi bersama gajah dan menunggang gajah. Bilangan pengujung yang ramai menarik perhatian kerajaan menambahkan kemudahan dan lain-lain berkaitan keperluan pelancong. Namun begitu kita memerlukan lebih banyak lagi kajian ekologi dan perilaku gajah dalam usaha menambahbaikan proses dan keberkesanan latihan dan konservasi gajah. Ekologi gajah di hutan seluruh semenanjung perlu diberikan perhatian agar konflik manusia-gajah dapat dikurangkan dan pengurusan gajah menjadi lebih mantap. Gajah-gajah yang bersaing habitat dengan manusia di pindah dan dilatih di Kuala Gandah.Perbincangan dan penasihatan pakar perlu bagi menambahbaikkan aktiviti latihan, konservasi, pendidikan dan pelancongan berasaskan gajah. Promosi dan pendidikan sangat penting untuk generasi akan datang dan mendapatkan sumbangan agensi-agensi yang berminat. Agensi yang terlibat dengan pembukaan hutan untuk pertanian sangat berkaitan dan sepatutnyalah menyumbang kepada program konservasi gajah ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment